Tn. Hj Adanan bin Long P.J.K
Guru Besar Cemerlang SK Arau

PAUTAN



 



 

Waktu Solat

[ Tukar Kawasan ]
Tutup
ILMU ASAS KEHIDUPAN KURIKULUM Panitia Pendidikan Islam & j-QAF
Panitia Pendidikan Islam & j-QAF Cetak
Khamis, 06 Ogos 2009 03:19


Jawatan Kuasa

PANITIA BAHASA MELAYU

   
 Pengerusi : Hj. Adanan b. Long  P.J.K(Guru Besar)
 N/ Pengerusi   : En. Hassim b. Ahamad    
 Ketua Panitia   : En. Mohd Irwan bin Ibrahim
 Setiausaha : Pn. Uswaton Hasanah bt Salleh
 S/u J-QAF : En. Kahlidbin Ulun Azmi

 S/u Bilik J-QAF

 : Pn. Salwani binti Ahmad
 S/U Surau
  Pn. Zuharini Munzir
 AJK  Semua guru Pendidikan Islam

 

Perancangan Aktiviti

 

Bil 

Tarikh       

Aktiviti                        

Peringkat                

 1   
 2   
 3   
 4   
 5   
 5   
 6   
 7   
 8.   
 9   
 10   
 11   
 12   

 

Pendahuluan

PENDAHULUAN

Pendidikan Agama Islam bertujuan melahirkan insan yang kenal dan yakin  kepada Kitab Suci Al-Quran, serta tahu dan memahami kandungannya supaya terdidik dengan ciri-ciri kemuliaan dan ketakwaan.

Menyedari hakikat ini, maka adalah wajar bagi guru-guru  mata  pelajaran Pendidikan Agama Islam mengembelengkan tenaga menyelaraskan aktiviti-aktiviti dan tugas-tugas mengajar dengan baik dan tersusun.   Guru-guru Pendidikan Islam juga harus bekerjasama, saling bantu-membantu dan berkongsi fikiran, pengalaman untuk memperbaiki dan mempertingkatkan  lagi kecekapan dan keberkesanan  mutu pengajaran masing-masing dari masa ke semasa.

Oleh yang demikian guru-guru Pendidikan Islam berpeluang untuk  menyelaraskan usaha dengan lebih terkelola dan bersepadu.  Dengan wujudnya Panatia Pendidikan Agama Islam guru-guru yang menganggotainya berpeluang untuk mencari penyelesaian kepada masalah-masalah bukan sahaja dalam bidang pengajaran, bahkan juga masalah yang berhubung dengan motivasi, sikap dan tabiat belajar pelajar-pelajar.

Tujuan


TUJUAN PANITIA

 Berikut adalah di antara beberapa tujuan yang dikenal pasti untuk Panatia Pendidikan Agama Islam bagi pencapaian matlamtnya :

1.Memperbaiki dan meningkatkan mutu dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

2.Berikhtiar dan berusaha untuk mendapatkan strategi-strategi mengajar yang inovatif supaya boleh
    mendorong serta menggerakkan kecenderungan para pelajar terhadap Pembelajaran.

3. Memperbaiki prestasi pelajar-pelajar dalam peperiksaan berpandukan kepada sasaran pencapaian

     yang ditetapkan dalam rancangan akademik sekolah.

4.  Mewujudkan semangat bekerja sama di antara Panatia Pendidikan Agama Islam dengan Persatuan

    Agama Islam dan persatuan-persatuan yang lain.





Pengenalan

PERANCANGAN STRATEGIK UNIT j-QAF
SEKOLAH KEBANGSAAN ARAU


1.    PENGENALAN

J - QAF merupakan satu subjek penting yang terdiri dari Jawi, Al-Quran, Bahasa Arab dan Fardhu Ain.  Bagi menjamin kecemerlangan yang berterusan dari segi kualiti dan kuantiti mata pelajaran ini, Maka pelbagai usaha dan program diatur oleh Unit j - QAF samada dalam jangka pendek mahupun panjang. Perancangan Strategik Unit j-QAF merupakan suatu usaha untuk  menetapkan hala tuju Unit ini agar dapat menyumbang ke arah kecemerlangan yang diharapkan. Justeru, Perancangan Strategik yang disusun ini akan menjadi pelan operasi bagi setiap program yang dirangka bagi merealisasikan hasrat sekolah untuk mencapai kejayaan cemerlang, gemilang dan terbilang.

Visi



2.    VISI

Sekolah Kebangsaan Arau ke arah Kecemerlangan Prestasi dan Potensi bagi melahirkan insan yang kamil dan syumul dari segi Rohani dan Jasmani di dunia mahupun dii Akhirat.


3.      MISI
Kami bersama-sama seluruh warga sekolah melaksanakan sistem pendidikan yang  berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan     Al-Quran dan Sunnah bagi membentuk keperibadian mulia dan seimbang, melalui proses Pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti, terarah, proaktif dan berkesan.


l/belakang


4.      LATAR BELAKANG

4.1         KEKUATAN
4.1.1      99%  Guru j – QAF  terlatih dan berpengalaman.
4.1.2      Guru- guru j - QAF masih muda dan sihat
4.1.3      Semua guru j - QAF adalah guru opsyen dengan pengkhususan bidang Pendidikan Islam dan Bahasa Arab.
4.1.4      Guru-guru j - QAF adalah guru-guru yang bersemangat tinggi.
4.1.5      Sekolah mempunyai makmal komputer, bilik akses dan bilik tayangan yang lengkap dan boleh digunakan untuk  P&P bagi menggunakan Perisian interaktif, internet dan sebagainya.
4.1.6      Terdapat bilik-bilik khas iaitu Bilik j –QAF, MUSOLLA dan BILIK AMALI SOLAT  yang menyimpan pelbagai bahan P&P.
4.1.7      Terdapat pelbagai program pengayaan dan pemulihan untuk meningkatkan prestasi mata pelajaran j - QAF.

4.2     KELEMAHAN /  KEKURANGAN/  HALANGAN

4.2.1    45% murid tidak bermotivasi dan lemah dalam bacaan Al-quran dan Jawi.
4.2.2    30 % murid-murid menganggap Pendidikan Islam dan bahasa Arab bukan subjek penting dan tidak  termasuk dalam peperiksaan UPSR.
4.2.3   Murid-murid kurang berminat mempelajari / mendalami bacaan Al-Quran dan jawi.
4.2.4   Terdapat sedikit sahaja bahan bacaan untuk matapelajaran j-QAF di pusat    sumber
4.2.5   Kewangan Unit j-QAF dan Panitia Agama Islam tidak mencukupi untuk menjalankan program sokongan.
 

Peluang


4.3     PELUANG

4.3.1     Kerjasama PIBG yang baik.
4.3.2     Hubungan baik di antara JPN dan Sekolah
4.3.3     Sekolah yang terlibat dengan program jQAF
4.3.4     Semua guru Pendidikan Islam berkemahiran
4.3.5     Sokongan dan kerjasama yang baik dari pihak pentadbiran.
4.3.6     Semua guru Pendidikan Islam tinggal berhampiran dengan sekolah
4.3.7     Sebahagian pelajar mempunyai latar belakang yang baik dan berkemampuan.
4.3.8     Sebahagian guru Pendidikan Islam berkebolehan dalam ICT dan penggunaan perisian interaktif                                                                                

4.4     ANCAMAN

4.4.1     Terdapat siber café berhampiran sekolah.
4.4.2     Aktiviti sekolah yang padat menyebabkan aktiviti keagamaan tidak dapat dijalankan.
4.4.3     Anasir negatif di kawasan persekitaran yang mempengaruhi sahsiah murid
4.4.4     Ibu bapa kurang menanamkan budaya membaca Al-Quran dalam kehidupan harian.
4.4.5     Sebahagian murid tidak ke kelas Tasmik dan kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA)
4.4.6     Sebahagian murid lebih gemar bermain daripada membaca buku pada waktu lapang.
4.4.7     Ibu bapa kurang memberi penekanan/ perhatian terhadap Pendidikan Islam di rumah.

matlamat



5.      MATLAMAT STRATEGIK

5.1.1    Mengukuhkan asas bacaan Al-quran / Iqra’.
5.1.2    Mengukuhkan asas bacaan Bahasa Arab dan tulisan Jawi.
5.1.3    Meningkatkan penguasaan menghafaz surah-surah Lazim
5.1.4    Meningkatkan kecemerlangan murid dan peratus lulus dalam pencapaian Pendidikan Islam dan bahasa Arab.
5.1.5    Meningkatkan penguasaan ilmu, penghayatan Islam, nilai-nilai murni dan amalan mulia dalam kehidupan seharian.

6.      OBJEKTIF

6.1.1   Menguasai kemahiran membaca Iqra’ / Al-Quran
6.1.2   Menguasai kemahiran membaca dan menulis Jawi.
6.1.3   Melahirkan murid yang boleh menghafaz Surah-surah Lazim
6.1.4   Semua murid lulus/ menguasai  Pendidikan Islam dan Bahasa Arab
6.1.5    Menanamkan Aqidah, memahami konsep Ibadah (PAFA), mencontohi sirah Rasulullah S.A.W dan mengamalkan cara hidup yang mulia dan sempurna
 
8.     KUMPULAN SASARAN

8.1    Subjek                                         : Pendidikan Islam / Bahasa Arab
 
8.2    Murid Beragama Islam /
       bukan Islam untuk Bahasa Arab     : Tahun  1
                                                         Tahun  2
                                                         Tahun  3
                                                         Tahun  4
                                                         Tahun  5
                                                         Tahun  6
 

 
9.     KEWANGAN

9.1    Sumbangan PIBG
9.2    Sumbangan Ikhlas Individu
9.3    Peruntukan Panitia Mata Pelajaran
9.4    Lebihan peruntukan Kem Bestari Solat


JANGKA MASA     : 2009   -   2014


Aktiviti



PENGURUSAN PERANCANGAN STRATEGIK UNIT j - QAF
 
BIL     AKTIVITI    
        
1.    Taklimat PS kepada guru-guru Pendidikan Agama Islam 
2.    Penetapan Target                                                                                                        
3.    Bengkel Penyediaan PS                                                                
4.    Pemurnian PS                                                                
5.    Pelan Aktiviti taktikal bermula                                                                
6.    Pemantauan aktiviti pelan taktikal bermula                                       
7.    Tindak ikut                                                               
8.    Penilaian tahunan
9.    Penghargaan                                                                

 


 

Terakhir dikemaskini pada Khamis, 14 Januari 2010 13:23
 
Arau, Perlis

SK ARAU

(Data seperti pada 31 Julai 2010)

 Bilangan guru

 Lelaki Perempuan Jumlah
 1528
 43

 Bilangan Bukan guru

Lelaki Perempuan Jumlah
 5 4 9

 Bilangan Murid(Enrolmen)

Tahun
Lelaki
Perempuan
Jumlah
 Pra sekolah
26
 24 50
 Tahun 1
 41 38 79
 Tahun 2
 36 41 77
 Tahun 3 52 51 103
 Tahun 4
 38 41 79
 Tahun 5
 42 58 100
 Tahun 6  39 37 76
 JUMLAH 274 290 564

 

Kalendar Program

September 2010
S M T W T F S
29 30 31 1 2 3 4
5 6 7 8 9 10 11
12 13 14 15 16 17 18
19 20 21 22 23 24 25
26 27 28 29 30 1 2

WAJAH PILIHAN

ainun.jpg

Siapa di talian

Kami ada 12 tetamu ditalian

JUMLAH PELAWAT BERMULA 24 SEPT 09

037337
Hari ini14
Semalam119
Minggu ini400
Bulan ini207
Jumlah37337
38Dot107Dot191Dot104
©Hakcipta terpelihara 2009.
Sekolah Kebangsaan Arau

Jalan Besar Arau, 2600 Arau, Perlis
No. Telefon : 04-9861672  Fax : 04-9861672
Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 7.0 & Mozilla Firefox dengan resolusi 1024*768

Penafian : Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini