• Decrease font size
  • Reset font size to default
  • Increase font size

 



SEKOLAH KEBANGSAAN ARAU
02600 ARAU, PERLIS
 KOD SEKOLAH: RBA0082
NO TEL/FAX: 04-9861672

 

 
Pn. Zaidah bt Kamarulzaman
Guru Besar

Jumaat
April 2014
18

GALERI MEDIA

Pautan MOE














 

Kerajaan Elektronik

 







 

Dasar Baru






PDF Cetak emel
Ditulis oleh Solehah bt Mansor   
Khamis, 20 Ogos 2009 13:29

GB

 

Tugas Guru Besar:

A. Pentadbiran:
Dalam bidang pentadbiran, Guru Besar adalah bertanggungjawab secara langsung dalam segala pengurusan perjawatan dan perkhidmatan guru dan kakitangan bukan guru di sekolah sebagaimana berikut:

1. Melaksanakan segala prosedur perlantikan dan pengesahan dalam jawatan semua kakitangan di bawah kelolaan dan bidang kuasanya.

2. Melaksanakan segala prosedur perlantikan ke jawatan yang lebih tinggi bagi semua kakitangan di bawah jagaannya.

3. Melaksanakan prosedur bagi menamatkan perkhidmatan perletakan, persaraan, penggantungan, pelepasan guru-guru dan kakitangan.

4. Memastikan pelaksanaan dan langkah-langkah pengambilan perkhidmatan dan kursus dalam jawatan.

5. Mengambil langkah-langkah tertentu yang berhubung kait dengan soal percutian kakitangan di sekolahnya.

6. Mewujudkan struktur organisasi sekolah bagi menentukan pembahagian kerja dan tugas kakitangan sekolahnya.

7. Menyediakan senarai tugas dan tanggungjawab guru dan kakitangan sokongan.

8. Menyimpan dan menyelenggarakan rekod-rekod peribadi guru dan kakitangan bukan guru.

9. Menyediakan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan, Berkala, Laporan Sulit Khas, dan Laporan Nilaian Prestasi Khas bagi semua kakitangan di bawahnya.

10. Meluluskan permohonan penggunaan bangunan dan kemudahan yang ada di sekolah mengikut syarat-syarat yang dibenarkan oleh pihak yang berkuasa.

11. Menentukan sistem penyelenggaraan fail dilaksanakan dengan cara yang teratur dan sempurna.

12. Merancang dan memastikan pelaksanaan takwin sekolah yang telah disusun dan ditetapkan itu berjalan dengan lancar.

13. Memastikan bahawa segala retan-retan yang disediakan itu dilakukan dengan sempurna dan dilaksanakan mengikut jadual yang telah ditetapkan.

14. Menjadi pengerusi Lembaga Tatatertib Sekolah.

15. Menjadi Penasihat Persatuan Ibu Bapa Guru dan memastikan bahawa segala keputusan dilaksanakan dengan teratur dan berkesan.

16. Mempengerusikan mesyuarat-mesyuarat yang diadakan di peringkat sekolah yang melibatkan guru dan kakitangan.

17. Menghadiri mesyuarat di Pejabat Pendidikan Daerah, Zon Sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri, Kementerian Pendidikan Malaysia atau jabatan-jabatan kerajaan yang lain.

B. Kewangan:
1. Menyediakan anggaran belanjawan sekolah seperti perbelanjaan mengurus dan perbelanjaan pembangunan.

2. Mengurus dan menyempurnakan segala tuntutan perkapita dan lain-lain geran yang dikemukakan oleh pihak yang berkaitan dari semasa ke semasa.

3. Menentukan segala kutipan atau yuran, sewa, asrama dan lain-lain sumber pendapatan dilaksanakan dengan sempurna.

4. Merancang dan menguruskan segala bentuk pembelian dan pembayaran yang dilakukan oleh pihak sekolah.

5. Mengurus dan menyempurnakan segala urusan yang berkaitan dengan gaji, elaun dan lain-lain bagi guru dan kakitangan.

6. Mengurus dan menyelenggarakan buku tunai untuk Akaun Wang Kerajaan, Wang Suwa dan Asrama serta Panjar Wang Runcit.

7. Melakukan dan menyempurnakan segala persediaan yang diperlukan untuk audit akaun sekolah secara teratur dan kemas.

8. Menyempurnakan segala urusan yang berkaitan dengan biasiswa pelajar-pelajar sekolah yang diberi oleh Kementerian Pendidikan dan lain-lain badan penaja.

9. Menjadi Pengerusi Lembaga Tender dan Sebut Harga Sekolah mengikut syarat yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan.

10. Menentukan buku stok yang disimpan dan disediakan di sekolah disediakan dengan teratur dan kemas kini.

11. Memperakukan segala tuntutan perjalanan, peperiksaan, elaun lebih masa, wang runcit dan sebagainya.

12. Memastikan bahawa tatacara hapus kira dan hapus stok dilakukan dengan sempurna mengikut peraturan yang ada.

13. Menjadi Setiausaha Lembaga Kewangan Sekolah dan pengelola sekolah dan menentukan bahwa semuanya itu berjalan lancar.

C. Pembangunan Fizikal Sekolah:
1. Melaksanakan pengawasan fizikal sekolah dan menentukan perjalanannya dilakukan dengan cara yang baik dan teratur.

2. Mengambil langkah-langkah penyelenggaraan bangunan sekolah dan kawasan sekolah dari semasa ke semasa.

3. Merancang dan menguruskan pelaksanaan projek-projek pembangunan kecil yang diadakan di sekolah.

4. Merancang pertambahan fizikal sekolah jika ada dan jika perlu seperti pembinaan dan pembaikian, memerlukan bangunan tambahan dan sebagainya.

D. Pembangunan Kakitangan:
1. Merancang dan melaksanakan program dan kursus bagi kemajuan guru dan bukan guru untuk pengayaan dirinya.

2. Mengadakan 'in house training', kolokium, mengambil kursus di luar, kursus dalam perkhidmatan ataupun mengadakan kursus-kursus untuk kakitangan di sekolahnya.

3. Memberi segala galakan kepada guru dan kakitangan agar melanjutkan pengajian di peringkat yang lebih tinggi.

E. Mengajar:
1. Mengajar sekurang-kurangnya sembilan waktu seminggu dan mengikut peraturan yang telah ditetapkan bagi Guru Besar.

F. Kurikulum:
1. Menentukan pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan berjalan dengan teratur, berkesan dan mengikut perancangan.

2. Memastikan pelaksanaan sukatan pelajaran atau kurikulum yang ditentukan oleh Kementerian Pendidikan berjalan mengikut peraturan.

3. Merancang dan memastikan pelaksanaan sukatan pelajaran atau kurikulum di sekolah berjalan dengan sempurna.

4. Menentukan mata pelajaran pilihan untuk pengajaran di sekolahnya dengan menetapkan guru-guru yang mengajar mata pelajaran yang berkenaan.

5. Menubuhkan panitia mata pelajaran atau Lembaga Kurikulum Sekolah untuk memastikan keberkesanan pelaksanaannya.

6. Mempengerusikan mesyuarat panitia mata pelajaran jika difikirkan perlu.

7. Menubuhkan beberapa buah jawatankuasa dan majlis lain yang difikirkan perlu sebagai usaha untuk memastikan keberkesanan pengurusan sekolah.

8. Menentukan kewujudan Pusat Sumber sekolah dan Guru Besar bertanggung-jawab terhadap perkembangan dan kemajuannya.

9. Membina 'Blue Print' sekolah untuk meningkatkan pencapaian pelajar dan bidang akademik.

G. Kokurikulum:
1. Memastikan penubuhan persatuan, dan kelab sukan dan permainan dan pasukan-pasukan unit pakaian seragam.

2. Menentukan bahawa unit-unit ko-kurikulum itu berjalan dengan cergas, baik, teratur dan sempurna dengan susunan program yang lengkap, sesuai & praktikal.

3. Menentukan perkembangan bakat dan potensi para pelajar dalam kegiatan ko-kurikulum seperti persatuan dan kelab, sukan dan permainan dan juga pasukan unit berunifom.

H. Hal Ehwal Pelajar:
1. Menubuhkan Lembaga Disiplin Pelajar di sekolahnya dan memastikan bahawa pelaksanaannya berjalan dengan berkesan.

2. Menetap dan menggariskan satu peraturan dan undang-undang sekolah yang praktikal untuk dipatuhi sepenuhnya oleh semua pelajar.

3. Menubuhkan sebuah Lembaga Pengawas Sekolah yang terdiri daripada pelajar yang cergas, baik dari segi tingkah laku, berbudi pekerti dan bagus dalam akademik dan sukan.

4. Menentukan perjalanan Lembaga Disiplin Pelajar, peraturan dan undang-undang dan Lembaga Pengawas dilaksanakan dengan baik, sempurna dan adil.

5. Untuk menjamin keselamatan, kesejahteraan dan kebajikan para pelajar, perkhidmatan yang berikut perlu diwujud dan dilaksanakan di sekolah dengan baik, iaitu:- (Bimbingan dan kaunseling, kesihatan, biasiswa dan dermasiswa, keselamatan, riadah dan sistem mentor menti).

I. Pengawasan Dan Penyeliaan:
1. Menjadi tugas dan tanggungjawab Guru Besar untuk membuat penyelidikan terhadap perjalanan pengajaran dan pembelajaran di sekolahnya.

2. Menjadi tugas Guru Besar untuk mengawasi dan melaksanakan tugas-tugas pentadbiran, pengurusan, kewangan, pembangunan fizikal, kemajuan kakitangan pengajaran pembelajaran, kurikulum, ko-kurikulum dan dalam hal ehwal pelajar.

3. Bertanggungjawab dalam memberi bimbingan kepada Penolong Kanan Pentadbiran, Penolong Kanan HEM dan Penolong Kanan KO serta Penyelia Petang dalam pelaksanaan tugas-tugas mereka.

4. Guru Besar memberi bimbingan yang diperlukan kepada kakitangan bukan guru dalam melaksanakan tugas-tugas mereka.

5. Memberi bimbingan kepada guru-guru dalam semua bidang tugas dan pengajaran mereka agar ianya menjadi lebih berkesan dan menyeronokkan.

6. Pengawasan dan penyeliaan ini adalah untuk penilaian prestasi mereka yang akan dibuat pada setiap hujung tahun.

1.0 PENGURUS "LEARNING EXPERIENCES" – KERJA IKHTISAS
1.1 Penyelia dan pengawal polisi dan objektif sekolah yang telah diasaskan dan diselaraskan kepada polisi Kementerian Pendidikan dan objektif Pendidikan Negeri dan negara.

1.2 Menentukan sasaran sekolah, merancang dan melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran sukatan pelajaran, rancangan pelajaran, jadual waktu, penugasan guru dan sebagainya.

1.3 Menentukan kualiti volume kerja pelajar-pelajar dan pemeriksaan buku-buku pelajar.

1.4 Menentukan polisi-polisi mengenai ujian dan peperiksaan serta menggunakan data-data untuk perancangan dan tindakan susulan.

1.5 Menyelia proses pendidikan sama ada dalam bilik darjah, pemeriksaan buku rekod guru atau perbincangan dengan guru / JKS / PMP.

1.6 Memeriksa buku kemajuan pelajar, buku profil, buku kedatangan dan buku kegiatan kurikulum dari masa ke semasa.

1.7 Menentukan polisi untuk aktiviti ko-kurikulum.

1.8 Membaca dan meneliti laporan kegiatan ko-kurikulum serta memberi nasihat dan bimbingan kepada guru dan pelajar.

1.9 Mengajar sebilangan waktu.

2.0 PEMBANGUNAN MAJU DIRI MURID
2.1 Menentukan polisi-polisi mengenai pelaksanaan disiplin secara menyeluruh. Mengendalikan kes-kes disiplin yang dirujukkan oleh Badan Disiplin, berjumpa dengan ibubapa dan penjaga, PRS. K & K, guru ko-kurikulum dan sebagainya.

2.2 Melaksanakan projek-projek khas seperti PMP, menyelia dan menilai keberkesanannya.

3.0 PENGURUSAN DAN PEMBANGUNAN (MANAGEMENT AND DEVELOPMENT)
3.1 MURID-MURID

3.1.1 Menyelia pendaftaran kemasukan dan pertukaran murid.

3.1.2 Menyelia buku jadual kedatangan murid.

3.1.3 Menyelia pemberian bantuan kepada murid-murid.

3.1.4 Menyelia Skim Pinjaman Buku Teks serta menentukan polisi dan senarai pelajar yang layak dan tidak layak.

3.1.5 Menentukan polisi berkaitan dengan peperiksaan awam seperti menentukan mata pelajaran yang akan diambil oleh murid.

3.1.6 Menyemak dan menandatangani sijil berhenti sekolah dan surat akuan.

3.1.7 Memastikan program-program kesihatan dijalankan dengan sempurna supaya wujud tahap kesihatan yang tinggi dalam kalangan murid.

3.1.8 Bertanggungjawab ke atas pembuangan dan penggantungan murid-murid.

3.1.9 Bertanggungjawab ke atas keselamatan murid di sekolah.

3.2 PENGURUSAN PERSONEL
3.2.1 Menentukan pendaftaran, pengesahan dalam jawatan, penempatan ke dalam jawatan berpencen dan jenis cuti kakitangan sekolah.

3.2.3 Menolong kakitangan menentukan sasaran kerja dan berbincang dari masa ke semasa mengenai sasaran dan mutu kerja.

3.2.3 Menentukan tugasan dan bidang kerja (development of staff) dan menjalankan penyeliaan sepanjang tahun.

3.2.4 Mengambil tindakan / laporan tatatertib ke atas pegawai di bawah bidang kuasanya.

3.2.5 Menjaga kebajikan kakitangan.

3.3 KEWANGAN
3.3.1 Mengawal dan menyemak pemberian perkapita, gaji kakitangan, rekod akaun, laporan kewangan dan punca-punca kewangan suwa dan kerajaan.

3.3.2 Mengemas kini penyata akaun sekolah yang belum diaudit dan membuat tindakan susulan ke atas laporan audit.

3.3.3 Mengawal stok-stok dan harta benda sekolah.

3.3.4 Mengawal perbelanjaan yang dibuat oleh semua bidang dan membuat anggaran perbelanjaan tahunan yang kos efektif.

3.4 KEMUDAHAN FIZIKAL
3.4.1 Memastikan keadaan fizikal bangunan, padang dan persekitaran sekolah berada dalam keadaan baik.

3.4.2 Mempertingkatkan keceriaan dan kecantikan sekolah.

3.4.3 Menyelia dan menjaga kemudahan dan keselamatan bangunan sekolah.

3.4.4 Memastikan perabot sentiasa berada dalam keadaan baik dan membuat pengagihan yang berkesan.

3.4.5 Menyelia dan mengawal sistem pencegahan kebakaran.

3.4.6 Bertanggungjawab ke atas harta benda sekolah.

4.0 PEMBANGUNAN ORGANISASI DAN DIRI (SYNERGY)
4.1 Merancang dan menyelia aktiviti perkembangan staf seperti kursus dalaman, perbincangan, berkongsi maklumat, merangsang budaya, mencari maklumat dan pengetahuan serta memberi peluang kepada guru memperkembangkan diri.

4.2 Mengawal `learning experiences’ dengan berdasarkan pemerhatian, data dan salinan serta menggunakan maklumat yang diperolehi untuk pembangunan `learning experiences’ murid.

4.3 Melaksanakan kursus kesedaran dan pengunggulan kendiri guru.

4.4 Penglibatan dalam aktiviti-aktiviti pendidikan komuniti.

5.0 PEMBANGUNAN DIRI (PERSONEL DEVELOPMENT)
5.1 Membaca makalah, buku-buku ikhtisas, pengurusan dan filosofi, menghadiri kursus, seminar, bengkel bertukar-tukar fikiran dengan rakan-rakan sekerja.

5.2 Menjalankan kajian. Mengumpul data dan menghasilkan kaedah yang baru yang lebih berkesan.

5.3 Menerbit artikel-artikel yang berkaitan dengan bidang ikhtisas.

PK1



GURU PENOLONG KANAN PENTADBIRAN

A. Bidang Tugas:
1. Melaksana dan menjalankan segala tugas dan tanggungjawab Guru Besar semasa ketiadaannya di sekolah.
2. Mengajar sebilangan daripada waktu mengikut arahan Guru Besar yang ditetapkan dari semasa ke semasa.
3. Bertanggungjawab kepada Guru Besar dalam soal-soal yang berhubungkait dengan kurikulum, pentadbiran dan pengurusan sekolah, hubungan dengan
masyarakat dan juga keselamatan.
4. Membantu Guru Besar dalam pengurusan dan pentadbiran sekolah yang mempunyai sidang petang.
5. Memberi segala bantuan kepada Guru Besar dalam tugas menyelia dan menilai pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
6. Membantu Guru Besar dalam semua aspek perancangan, pengurusan dan pelaksanaan program dan projek sekolah.

B. Senarai Tugas:
1. Memastikan pelaksanaan semua kursus pengajian yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan.
2. Menentukan rancangan pelajaran harian, mingguan, semester dan lain-lainnya berjalan dengan lancar dan berkesan.
3. Memastikan perjalanan panitia-panitia mata pelajaran itu dilaksanakan secara teratur dan baik.
4. Membantu dalam pengurusan penyediaan peralatan teknologi pendidikan, pusat sumber, makmal dan bengkel.
5. Menentukan penggunaan dan penyelenggaraan bahan-bahan sumber pendidikan itu dilakukan dengan baik.
6. Membantu dan membimbing dalam latihan mengajar bagi guru-guru praktikum dan guru-guru yang baru mengajar dalam menjalankan tugas-tugas harian mereka.
7. Membuat kajian terhadap segala jenis laporan yang berkaitan dengan kurikulum dan mencadangkan tindakan susulan.
8. Membantu dalam merancang dan menyelaraskan hal-hal yang berkaitan dengan djian, peperiksaan, penilaian dan menyarankan tindakan susulan.
9. Menyelaraskan pengurusan dan perjalanan kegiatan-kegiatan bimbingan dan pemulihan yang ada di sekolah.
10. Menyelaraskan segala program kurikulum yang dianjurkan oleh sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian Pendidikan Malaysia.
11. Membantu dalam menentukan buku-buku teks, bahan Pusat Sumber dan lain-lain buku bacaan di samping menentukan kesesuaiannya.
12. Menyusun jadual waktu kelas dan guru dan menyediakan jadual waktu gantian bagi guru yang sakit dan mereka yang ditimpa kemalangan dan mengalami kecemasan.

C. Pentadbiran:
1. Membantu bagi menentukan beban tugas guru dan kakitangan bukan guru sekolah adalah adil dan saksama.
2. Membantu dan menyelaraskan hal ehwal peperiksaan, kursus dan latihan untuk guru dan kakitangan bukan guru sekolahnya.
3. Membantu menyelenggara dan menyelaras kutipan data, maklumat dan juga perangkaan yang diperlukan dari semasa ke semasa.
4. Membantu merancang takwin sekolah dan dalam menentukan program aktiviti sepanjang tahun.
5. Membantu menyelia kerja-kerja semua guru dan kakitangan bukan guru.
6. Membantu dan menyediakan anggaran belanjawan tahunan sekolah dalam menentukan perbelanjaan mengurus dan perbelanjaan pembangunan.
7. Menyelaras penyediaan penyata kewangan untuk audit tahunan yang teratur bagi sekolahnya.
8. Menyelaras bagi semua pungutan yuran seperti wang runcit, sewa, asrama, sukan dan permainan dan sebagainya.
9. Menjadi ahli Lembaga Tatatertib Sekolah dengan memberi pandangan terhadap salah laku pelajar dengan mengambil bahagian cergas dalam mesyuaat dan juga perbincangan.
10. Menandatangani semua cek sekolah bersama-sama dengan Guru Besar dan juga Pengerusi Persatuan Ibu Bapa Guru.

D. Kebersihan Dan Keindahan Sekolah:
1. Membantu dalam merancang dan menyedia program bagi kebersihan dan keindahan sekolah.
2. Memastikan bahawa program keceriaan sekolah dilaksanakan dengan jayanya boleh mereka yang diberi tanggungjawab untuk melaksanakannya.

E. Keselamatan:
1. Merancang segala langkah keselamatan sekolah bersama-sama dengan Guru Besar.
2. Merancang dan melaksanakan bersama-sama dengan Guru Besar, latihan mencegah kebakaran dan kegiatan-kegiatan seumpamanya.

F. Kantin:
1 Membuat penyeliaan kantin sekolah bersama-sama dengan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid.

G. Buku Teks:
1 Menentukan pemilihan dan penggunaan semua buku teks dan juga buku rujukan sekolah.

H. Tugas-Tugas Lain:
1. Menjadi ahli jawatankuasa mana-mana persatuan/kelab di sekolah sebagaimana yang ditentukan oleh Guru Besar sekolah dari semasa ke semasa.
2. Mewakili Guru Besar dalam berbagai-bagai upacara dan majlis rasmi yang diadakan di luar sekolah sama ada oleh PPD, JPN, Kenterian Pendidikan ataupun
yang dianjurkan oleh masyarakat setempat.
3. Melaksanakan segala arahan dan tugas-tugas lain yang diberikan oleh Guru Besar dari semasa ke semasa.

1. KURIKULUM
1.1 Menyedia dan menyusun jadual waktu kelas, jadual waktu guru serta jadual waktu gantian.
1.2 Pengajaran dan pembelajaran.
1.3 Penyeliaan dan penilaian.
1.4 Perlaksanaan kursus pengajian.
1.5 Menentukan rancangan pelajaran harian, mingguan dan penggalan.
1.6 Memastikan perjalanan panitia mata pelajaran.
1.7 Bimbingan dan latihan kepada guru-guru baru.
1.8 Kajian laporan kurikulum.
1.9 Perancangan dan penyelarasan berkaitan dengan ujian / penilaian.
1.10 Menyelaras program kurikulum anjuran sekolah / PPD / JPN – UPSR.

2.  PENGURUSAN
2.1 Membantu dalam penentuan tugas guru / kakitangan sokongan.
2.2 Membantu menyelaras hal ehwal peperiksaan / kursus / latihan untuk guru /kakitangan.
2.3 Membantu menyelenggara dan penyelaras kutipan data / maklumat dan perangkaan.
2.4 Membantu merancang takwim sekolah.
2.5 Membantu menyelia kerja-kerja kakitangan sokongan.
2.6 Membantu menyediakan anggaran belanjawan tahunan sekolah.
2.7 Menyelaras semua jenis kutipan yuran.
2.8 Menjadi ahli jawatankuasa pelaporan tatatertib sekolah.

3. PEMBANGUNAN MAJU DIRI MURID (PMD)
3.1 Membantu merancang dan menyelia program budaya sekolah – keceriaan /
keindahan / kebersihan sekolah.
3.2 Merancang langkah-langkah keselamatan – mencegah kebakaran.
3.3 Mengadakan kursus motivasi murid.

4. PEMBANGUNAN KENDIRI (PERSONEL DEVELOPMENT)
4.1 Menganggotai jawatankuasa yang diluluskan oleh Guru Besar dari masa ke semasa.
4.2 Menghadiri kursus, seminar, bengkel dan lain-lain.

5. PEMBANGUNAN ORGANISASI (SYNERGY)
5.1 Hubungan ibu bapa / masyarakat.
5.2 Mengadakan kursus / latihan untuk personel.

PK HEM



TUGAS PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID

A. Bidang Tugas:
1. Menjalankan segala tugas dan tanggungjawab pentadbiran sekolah jika ketiadaan Guru Besar dan GPK Pentadbiran.
2. Mengajar sebilangan waktu bagi mata pelajaran yang tertentu atau bidang engkhususan mengikut arahan Guru Besar dari semasa ke semasa.
3. Bertanggungjawab kepada Guru Besar dalam soal-soal kurikulum, ko-kurikulum, disiplin, bimbingan dan kaunseling.
4. Memastikan bahawa segala keselamatan para pelajar adalah terjamin dan diatur mengikut prosedur dan peraturan.
5. Menentukan bahawa kebajikan, Skim Pinjaman Buku Teks, biasiswa dan bantuan kewangan berjalan dengan lancar.
6. Menentukan kelancaran kerja-kerja penerbitan dan percetakan majalah, perayaan dan kantin sekolah berjalan dengan baik.
7. Membantu Guru Besar dalam menyelia dan menilai prestasi perkhidmatan guru dan kakitangan bukan guru.
8. Membantu Guru Besar dalam semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah agar perjalanannya menjadi lebih berkesan.

B. Senarai Tugas:
Pentadbiran
1. Mengurus dan mengemas kini semua buku rekod pendaftaran murid di sekolahnya.
2. Menyemak semua buku kedatangan harian pelajar sidang pagi dan memastikan bahawa butirannya adalah kemas kini.
3. Menguruskan kemasukan dan penempatan pelajar-pelajar baru ke kelas tertentu dengan kerjasama guru-guru kelas berkaitan.
4. Menguruskan pertukaran pelajar ke sekolah-sekolah lain dengan mengisi dokumen dan borang-borang yang tertentu.
5. Menentukan bahawa butiran peribadi pelajar yang berhenti sekolah dan bertuka ke sekolah lain adalah lengkap dan kemas kini.
6. Menguruskan surat akuan, sijil-sijil pelajar, pengesahan dan pengedaran sijil berhenti sekolah.
7. Membantu menyediakan anggaran belanjawan tahunan sekolah dengan kerjasama Guru Besar, PK Pentadbiran, Penyelia Petang dan Pembantu Tadbir sekolah.
8. Membantu dalam merancang dan penyediaan takwin sekolah dan dalam menentukan pelaksanaan segala program aktiviti di sepanjang tahun.

C. Disiplin:
1. Menentukan bahawa penerapan amalan-amalan dan nilai murni di peringkat sekolah dilaksanakan dengan sempurna.
2. Memastikan segala peraturan dan undang-undang sekolah dikuat kuasakan oleh guru, kakitangan dan para pelajar.
3. Bertindak sebagai guru penasihat Lembaga Pengawas Sekolah dan bertanggungjawab terhadap perlantikan pengawas.
4. Mengambil tindakan yang sesuai terhadap kes-kes para pelajar yang melanggar peraturan tatatertib dan salah laku.
5. Menyelaras dan menyediakan rekod disiplin dan membuat laporan lengkap mengenai pelajar terlibat.

D. Bimbingan dan Disiplin:
1. Merancang dan menyelaraskan pelaksanaan program bimbingan dan kaunseling.
2. Bekerjasama erat dengan guru pembimbing dan kaunseling dalam pelaksanaan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling.
3. Menyelaras dan menyediakan rekod bimbingan dan kaunseling para pelajar yang menghadapi masalah dari segi pelajaran akademik, sosial, kesihatan, kerjaya dan sebagainya.
4. Menyediakan laporan lengkap mengenai pelajar yang mendapat perkhidmatan bimbingan dan kaunseling jikalau diperlukan oleh pihak yang berkaitan.
5. Merancang dan melaksanakan program kebajikan dan orentasi atau suaikenal bagi pelajar-pelajar baru.

E. Program Perlindungan:
1. Menguruskan kemudahan perubatan dan rawatan di kalangan para pelajar di sekolahnya agar berjalan dengan baik.
2. Memastikan segala program kesihatan pelajar dijalankan dengan sempurna seperti menguruskan kad 001 dan kad 002.
3. Menyelaras dan mengadakan menyeliaan yang berkaitan dengan kantin sekolah untuk menentukan kebersihan dan makanan yang berkhasiat.
4. Menyelaraskan segala perancangan berkaitan dengan kesihatan dan kebersihan di kalangan pelajar.

F. Skim Pinjaman Buku Teks:
1. Menguruskan segala kutipan, pengumpulan data dan butiran peribadi para pelajar yang bakal menerima buku teks.
2. Menyelaraskan hal-hal yang bersabit dengan pengeluaran, pengambilan, pengagihan dan hapuskira buku-buku teks di sekolahnya.
3. Mengawal semua buku stok dan mengawal bilik skim pinjaman buku teks.
4. Menyediakan anggaran belanjawan menguruskan SPBT di sekolahnya.

G. Biasiswa Dan Bantuan:
1. Menyelenggara dan membuat perakuan-perakuan biasiswa dan bantuan kewangan pelajar yang mencapai akademik yang tinggi dari golongan yang kurang berada.
2. Mengemaskinikan segala rekod biasiswa dan bantuan kewangan kepada para pelajar di sekolah.
3. Menguruskan segala tuntutan dan bayaran biasiswa dan bantuan kewangan pelajar yang layak menerimanya.

H. Kokurikulum:
Sukan Dan Permainan:
1. Membantu, merancang, melaksana dan menyelia kegiatan sukan dan permainan di semua peringkat.

Persatuan Dan Kelab:
1. Menyelaras dan menyelia segala program aktiviti persatuan dan kelab yang bercorak akademik.

Pasukan Pakaian Seragam:
1. Merancang strategi penglibatan para pelajar dalam program kegiatan pasukan pakaian seragam.
2. Menyelaras pelaksanaan, program kegiatan pasukan pakaian seragam yang disediakan di sekolahnya.

Koperasi Dan Simpanan Pelajar:
1. Menyelaraskan segala kegiatan yang berkaitan dengan program koperasi di peringkat sekolah.
2. Menganjurkan bersama dengan Amanah Saham Nasional dan Bank Simpanan Nasional atau lain-lain bank yang sesuai dengan tujuan menggalakkan penabungan di kalangan pelajar.

Tugas Dan Tanggungjawab Lain:
1. Membantu dan mengenal pasti guru-guru yang berbakat dalam kegiatan kokurikulum.
2. Merancang dan mengadakan program latihan untuk guru-guru yang berpotensi
dalam bidang itu.
3. Merancang dan menentukan pelaksanaan program kegiatan ko-kurikulum untuk
para pelajar.
Melaksanakan arahan dan tugas-tugas lain yang diberikan oleh Guru Besar dari
semasa ke semasa.

1. PEMBANGUNAN MAJU DIRI (PMD)
1. DISIPLIN
1.1.1 Tahap kuatkuasa undang-undang dan peraturan sekolah.
1.1.2 Menyelia rekod dan laporan disiplin.
1.1.3 Perjumpaan dengan ibu bapa / penjaga murid.

2. BIMBINGAN DAN KAUNSELING
2.1 Melaksana dan menguruskan projek-projek khas.
2.2 Merancang dan menyelaras program khas seperti kempen anti-dadah.
2.3 Memastikan langkah keselamatan murid semasa berada di sekolah dilaksanakan.

3. KESIHATAN
3.1 Menguruskan kemudahan rawatan murid.
3.2 Merancang dan menyelaras program-program kesihatan murid dan kad tenaga asas.

4. SKIM PINJAMAN BUKU TEKS (SPBT)
4.1 Menguruskan kutipan data, mengawal buku-buku stok.
4.2 Mengawal pengagihan dan hapus kira.

5. BIASISWA DAN BANTUAN
5.1 Menyelenggarakan peraturan-peraturan biasiswa atau bantuan.
5.2 Mengemas kini rekod-rekod biasiswa dan bantuan.

6. PENGURUSAN BANTUAN PEMAKANAN
6.1 Projek Susu Sekolah.
6.2 Rancangan Makanan Tambahan (RMT)

2. PENTADBIRAN.
2.1 Mengurus dan mengemaskini buku rekod pendaftaran murid
2.2 Mengurus kemasukan dan penempatan murid.
2.3 Menyemak buku jadual kedatangan murid.
2.4 Mengurus surat akuan, sijil berhenti sekolah dan lain-lain.
2.5 Menyemak buku laporan / rekod prestasi.
2.6 Membantu menyediakan anggaran belanjawan sekolah.
2.7 Membantu merancang takwim sekolah.

3. KURIKULUM.
3.1 Pengajaran dan pembelajaran.
3.2 Merancang dan menyelia kursus motivasi dan kemahiran belajar.

4. KOKURIKULUM
4.1 Membantu merancang, melaksana dan menyelia kegiatan sukan dan permainan / kelab serta pasukan unit beruniform.
4.2 Membantu merancang takwim ko-kurikulum.
4.3 Menyelaras kegiatan BSN, Tabung Haji dll.
4.4 Merancang dan melaksanakan program perkhemahan tahunan.

8. PERKEMBANGAN ORGANISASI DAN KENDIRI (SYNERGY)
5.1 Menghadiri kursus.
5.2 Mengadakan kursus dalaman (HEM)
5.3 Memperkayakan pengetahuan ikhtisas.
5.4 Mengadakan hubungan dengan ibubapa / penjaga, masyarakat dan agensi luar.
5.5 Penglibatan dalam PIBG

PK Ko


TUGAS PENOLONG KANAN KOKURIKULUM

1. PENGURUSAN KURIKULUM:

1.1 Merancang pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran yang diajarnya.
1.2 Melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan sebagai contoh dengan kemahiran yang ada padanya.
1.3 Menggunakan ABM dengan cara yang betul dan bersistematik.
1.4 Menentukan pelaksanaan pengajaran pendidikan jasmani dan kesihatan dengan lancar.
1.5 Merancang program unjuran keluar bilik darjah.

2. KURIKULUM (SUKAN, PERMAINAN, PASUKAN BERUNIFOM, PERSATUAN DAN KELAB):
2.1 Merancang takwim kegiatan setiap bidang.
2.2 Mengurus pemilihan peserta kumpulan elit sekolah.
2.3 Menyelaras dan menyelia pelaksanaan program dan aktiviti.
2.4 Mengawal dan menilai setiap kegiatan mencapai matlamatnya.
2.5 Menyesuaikan program yang dirancang mengikut kesesuaian pelajar.

3. PENGURUSAN:
3.1 Mengurus dan menyelaras kegiatan setiap bidang kokurikulum.
3.2 Menyediakan anggaran belanjawan pengurusan kokurikulum.
3.3 Menentukan langkah keselamatan dalam setiap aktiviti kokurikulum telah diambil penjelasan.
3.4 Membantu dan mengurus segala penerbitan sekolah.
3.5 Menyelaras hari perayaan dan upacara sekolah.
3.6 Menyelaras pembahagian murid dalam kumpulan/rumah dan meningkatkan pencapaian prestasi aktiviti setiap rumah.
3.7 Mengurus dan menyelia peralatan dan kemudahan ko-kurikulum.
3.8 Memastikan rekod-rekod dan data koko disenggarakan dengan baik.
3.9 Mengenalpasti guru/murid yang berpotensi untuk maju dengan mengadakan program khas untuk mereka.

4. PEMBANGUNAN DIRI STAF:
4.1 Bertindak sebagai pegawai perkembangan sekolah.
4.2 Menganggotai JK Kurikulum/kokurikulum yang dibentuk oleh pihak sekolah bagi kemudahan pelajar.
4.3 Bertindak sebagai setiausaha perayaan di peringkat sekolah.
4.4 Menyelaras kurikulum/kokurikulum bersepadu.

5. PEMBANGUNAN DIRI PELAJAR:
5.1 Menyertai kursus kokurikulum.
5.2 Menyertai kempen/perkhemahan tahunan yang diadakan oleh badan luar.
5.3 Menjadi jurulatih dalam bidang-bidang bertentu.

6. SUKAN DAN PERMAINAN:
6.1 Membantu merancang, melaksana dan menyelia kegiatan sukan/permainan di semua peringkat.
6.2 Merancang takwim sukan dan permainan sekolah.

7. KELAB/PERSATUAN:
7.1 Menyelaras dan menyelia aktiviti-aktiviti persatuan dan kelab yang bercorak akademik.

8. PASUKAN PAKAIAN SERAGAM:
8.1 Merancang strategi penglibatan murid dalam kegiatan pasukan pakaian seragam.
8.2 Menyelaras pelaksanaan kegiatan pasukan pakaian seragam sekolah.

9. SETIAUSAHA SUKAN SEKOLAH:
9.1 Merancang kegiatan sukan untuk dua tahun ke hadapan.
9.2 Menjaga dan membina kemudahan / kelengkapan peralatan sukan, mengadakan stor, buku stok, menyimpan rekod kejohanan dan piala pusingan.
9.3 Mengadakan tabung sukan, kutipan yuran sukan sekolah, MSS serta menentukan anggaran perbelanjaan bagi tiap-tiap sesi persekolahan.
9.4 Kegiatan tabung anugerah MSSM dari Tahun 1 serta kutipan yang diarahkan oleh jabatan atau kementerian.
9.5 Menyertai pertandingan MSS daerah atau negeri.
9.6 Mengadakan jadual latihan sukan / olahraga/ permainan untuk murid sekolah.
9.7 Menjalankan tugas lain yang berkaitan dengan sukan sekolah/ MSSD/ MSST/MSSM.

Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar dari semasa ke semasa.

1. PENGURUSAN KURIKULUM

1.1 Merancang pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran yang diajarnya.

1.2 Melaksanakan pengajaran- pembelajaran yang berkesan sebagai contoh dengan kemahiran yang ada padanya.

1.3 Menggunakan ABM dengan betul dan sistematik.

1.4 Menentukan pelaksanaan mata pelajaran Pendidikan Jasmani berjalan lancar.

1.5 Merancang program aunjuran keluar bilik darjah.

2. KOKURIKULUM : SUKAN, PERMAINAN, UNIT BERUNIFORM, PERSATUAN & KELAB.

2.1 Merancang takwim permainan setiap bidang.

2.2 Memilih kumpulan peserta elit sekolah.

2.3 Menyelaras dan menyelia pelaksanaan program dan aktiviti.

2.4 Mengawal dan menilai setiap kegiatan mencapai matlamatnya.

2.5 Menyesuaikan program yang dirancang mengikut kesesuaian murid.

3. PENGURUSAN

3.1 Mengurus dan menyelaras kegiatan setiap bidang kokurikulum.

3.2 Menyediakan anggaran belanjawan pengurusan ko-kurikulum sekolah.

3.3 Menentukan langkah keselamatan setiap aktiviti kokurikulum yang dirancang telah diambil.

3.4 Membantu dan menguruskan segala penerbitan sekolah.

3.5 Menyelaras Hari Ucapan dan Perayaan sekolah.

3.6 Menyelaras pembahagian murid dalam rumah dan meningkatkan pencapaian prestasi rumah.

3.7 Mengurus dan menyelia setiap peralatan ko-kurikulum.

3.8 Memastikan rekod-rekod dan data kokurikulum diselenggara dengan baik.

3.9 Mengenalpasti guru/murid berpotensi untuk maju - mengadakan program khas untuk mereka.

4. PEMBANGUNAN DIRI MURID

4.1 Bertindak sebagai pegawai perkembangan sekolah.

4.2 Menganggotai Jawatankuasa Kokurikulum / Kurikulum yang dibentuk oleh sekolah bagi kemudahan murid.

4.3 Bertindak sebagai setiausaha perayaan di peringkat sekolah.

4.4 Menyelaras Kurikulum / Kokurikulum bersepadu.

5. PERKEMBANGAN KENDIRI (PERSONEL SYNERGY)
5.1 Menyertai kursus kokurikulum.
5.2 Menyertai kempen / perkhemahan tahunan yang diadakan oleh badan luar.
5.3 Menjadi jurulatih dalam bidang-bidang tertentu.

Guru



PERATURAN TETAP GURU

Kehadiran Bertugas:
1. Berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 2/81 yang bertarikh 12 September 1981 menyebut bahawa semua Pegawai Perkhidmatan Pendidikan, kakitangan sekolah dan para pelajar dikehendaki berada di sekolah sekurang-kurangnya lima minit sebelum sekolah bermula. Bagaimanapun, guru bertugas harian perlu hadir di sekolah kira-kira pukul 7.00 pagi.
2. Adalah menjadi tanggungjawab para guru untuk mengamalkan ketepatan masa itu sepanjang waktu bertugas di sekolah, semasa datang dan balik dari sekolah, ketika memasuki bilik darjah untuk mengajar dan masa menjalankan sesuatu kegiatan di luar bilik darjah.
3. Ketepatan masa juga bermakna seseorang guru hendaklah mengikut jadual pengajaran dan tidak dibenarkan meninggalkan kelasnya atau pun kawasan sekolah.
4. Peraturan ketepatan masa dikenakan kepada semua guru, kakitangan dan para pelajar.

Kepatuhan Tugas
:
1. Semua guru dan kakitangan hendaklah menandatangani buku kedatangan sebaik sahaja tiba di sekolah dengan mencatatkan nama, masa sampai dan menurunkan tanda tangan.
2. Guru dan kakitangan tidak dibenar meninggalkan kawasan sekolah dengan tidak mendapat keizinan Guru Besar terlebih dahulu.
3. Mereka yang datang lewat hendaklah berjumpa dengan Guru Besar dengan memberi sebab musabab kelewatan itu.
4. Sekiranya tidak dapat menghadirkan diri di sekolah kerana kecemasan atau jatuh sakit dan kemalangan, mereka perlu menghubungi pihak sekolah. Mereka juga dikehendaki mengemukakan sijil sakit kepada Guru Besar apabila kembali bertugas semula.
5. Guru-guru tidak dibenarkan meninggalkan bilik darjah semasa mengajar kecuali dengan mendapat kebenaran daripada Guru Besar terlebih dahulu.
6. Kehadiran semua guru adalah wajib semasa kegiatan dan upacara rasmi sekolah seperti Hari Sukan Tahunan, Hari Penyampaian Hadiah, Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa Guru untuk mengawasi para pelajar, melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan
di samping memberi sumbangan bakti dan bantuan yang diperlukan agi menjayakan upacara tersebut.
7. Para guru yang telah ditetapkan untuk mengawasi kegiatan ko-kurikulum, mesti menghadirkan diri. Sebarang kesulitan yang berbangkit disebabkan oleh ketiadaan guru pengawas adalah tanggungjawab guru itu sendiri.

Tugas Akademik Guru:
1. Guru hendaklah menunjukkan sikap profesional dan budaya kerja yang bermutu inggi.
2. Kerja rumah hendaklah diberikan kepada pelajar berdasarkan garis panduan yang diberikan oleh Guru Besar atau guru kanan masing-masing. Semua kerja rumah hendaklah diperiksa dengan teliti.
3. Ketua jabatan atau guru kanan mata pelajaran diberi kuasa untuk menyemak dan menentukan bahawa buku rampaian, buku kerja dan lain-lain latihan diperiksa dengan penuh teliti.
4. Pemeriksaan buku tidak boleh dilakukan semasa mengajar di dalam kelas kecuali guru itu mengawasi kerja pelajar di meja pelajar itu sendiri.
5. Guru yang ditugaskan sebagai guru ganti hendaklah mengisi waktu itu dengan pelajaran yang difikirkan perlu dan ini merupakan juga tugas rasmi guru itu.
Pengajaran itu mesti diisikan dengan kerja-kerja yang memberi faedah kepada pelajar.
6. Biasanya guru mempunyai waktu untuk mengajar sebagaimana yang ditetapkan dalam jadual waktu masing-masing. Waktu tidak mengajar, terluang/rehat di sekolah adalah dikira masa bekerja. Guru Besar boleh mengarahkan guru-guru menggunakan masa itu untuk menggantikan guru yang tidak hadir.
7. Mereka perlu membuat persediaan mengajar seperti membaca buku tambahan, menulis buku ringkasan mengajar, menyediakan alat bantuan mengajar dan memeriksa buku latihan pelajar.
8. Mereka juga boleh mengadakan pertemuan dengan pelajar-pelajar yang bermasalah. Mereka juga boleh melaksanakan aktiviti-aktiviti ko-kurikulum dan lain-lain tugas yang difikirkan perlu atau diarahkan oleh pihak sekolah.

Buku Ringkasan Mengajar:
1. Kementerian Pendidikan telah menetapkan peraturan mengenai pengisian Buku Rekod Mengajar. Peraturan ini hendaklah dipatuhi dan dilaksanakan dengan sepenuhnya.
2. Dalam Buku Rekod Mengajar itu mesti mengandungi salinan jadual waktu persendirian termasuk analisisnya, salinan sukatan pelajaran, salinan kertas soalan peperiksaan dan keputusan peperiksaan bagi tiap-tiap kelas yang diajar oleh guru itu.
3. Pada tiap-tiap hari hujung minggu, Buku Rekod Mengajar yang telah siap diisi untuk minggu berikutnya hendaklah diserahkan kepada Guru Besar. Buku Rekod Mengajar adalah menjadi hak milik sekolah dan perlu diserahkan ke pejabat apabila guru itu bertukar, bercuti panjang dan juga pada akhir tahun sekiranya Guru Besar memerlukan agar dia berbuat demikian.

Perhubungan Guru Dengan Pelajar:
1. Guru perlu mempunyai hubungan mesra dengan semua pelajar dan sentiasa bermuka manis. Mereka perlu memahami masalah pelajar.
2. Disiplin pelajar adalah menjadi tanggungjawab semua guru. Tindakan segera perlulah diambil terhadap sebarang pelanggaran disiplin yang dilakukan oleh pelajar.Kes-kes pelanggaran disiplin yang serius hendaklah dilaporkan kepada Guru Besar atau guru disiplin.
3. Tiap-tiap guru adalah bertanggungjawab untuk memelihara dan mengekalkan disiplin. Kesalahan yang berat sahaja hendaklah dilaporkan kepada Guru Besar untuk mendapat keputusan bagi pelaksanaan yang berkesan.
4. Perkara-perkara tatatertib yang dianggap berat adalah seperti menganggotai pertubuhan haram, membawa senjata merbahaya dengan tujuan jahat, memukul guru, mengancam keselamatan orang lain serta melanggar peraturan sekolah. Pelajar juga dilarang menulis kepada akhbar tanpa memberitahu pihak sekolah, merosakkan harta sendiri, guru, pelajar, dan sekolah, mencuri, menghisap rokok dan mengambil dadah, berjudi, meminum minuman keras dalam kawasan sekolah, membantah hukuman guru, bersifat bongkak dan menghina guru atau Guru Besar.
5. Guru yang mengajar dalam kelas hendaklah mengawal disiplin pelajar-pelajarnya.
6. Para guru hendaklah menunjukkan teladan, sikap dan perwatakan yang sesuai untuk dihormati dan dipandang tinggi oleh pelajar.
7. Jika terdapat pelajarnya yang sakit atau ditimpa kemalangan, guru tersebut hendaklah melaporkannya kepada guru bertugas harian atau penolong kanan dengan segera.

Pakaian:
1. Guru hendaklah kelihatan kemas dengan memakai pakaian yang sesuai semasa bertugas di sekolah.
2. Mereka tidak dibenarkan memakai selipar dan baju T walaupun pada waktu petang semasa berada di sekolah.
3. Pakaian formal mesti dipakai semasa upacara rasmi sekolah.

Potongan Rambut:
1. Potongan rambut tidak boleh melebihi kolar baju bagi guru lelaki. Rambut perlu diurus dan kelihatan kemas.

Pelawat:
1. Jangan benarkan pelawat termasuk jurujual berjumpa dengan pelajar di dalam bilik darjah atau makmal.
2. Pelawat atau jurujual hanya boleh berjumpa dengan guru sekiranya mereka mendapat kebenaran daripada Guru Besar terlebih dulu.
3. Perbincangan antara pelajar dan guru dengan pelawat atau jurujual hanya boleh ibuat di dalam bilik guru sahaja.

Kenyataan Akhbar:
1. Guru adalah dilarang daripada membuat kenyataan akhbar walaupun bertindak atas nama Guru Besar atau pihak sekolah.

Surat Rasmi:
1. Semua surat rasmi yang hendak dihantar keluar dari sekolah sama ada dari guru atau dari persatuan dan kelas hendaklah dikirim melalui Guru Besar.

Lawatan:
1. Sebarang lawatan yang dilakukan oleh persatuan dan kelab hendaklah terlebih dahulu mendapat kebenaran daripada Guru Besar dan Jabatan Pendidikan Negeri.
2. Untuk lawatan ke luar negeri, borang permohonan hendaklah dikirim ke Jabatan Pendidikan Negeri melalui Guru Besar. Surat itu mesti dikirim sekurang-kurangnya lima minggu sebelum lawatan dilakukan.

Kutipan Wang:
1. Guru penasihat yang dilantik untuk mengawas perjalanan persatuan dan kelab perlu mengawasi hal ini.
2. Mereka perlu menentukan bahawa wang yang dipungut itu tidak disalahgunakan oleh persatuan dan kelab.
Pembukaan akaun bank adalah perlu jika wang yang berkenaan itu dianggap besar jumlahnya.

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB
GURU KELAS
Bidang Tugas:

1. Merekod dan mengemaskini butiran peribadi pelajar ke dalam buku jadual kedatangan, buku rekod mengajar, kad 001, kad 002 dan buku kemasukan sekolah.
2. Buku jadual kedatangan para pelajar hendaklah ditanda pada waktu yang pertama pada setiap hari belajar.
3. Memastikan pelajar membawa surat daripada ibu bapa penjaga atau surat doktor sekiranya mereka tidak dapat menghadirkan diri di sekolah.
4. Bagi pelajar yang tidak hadir selama tiga hari berturut-turut dengan tiada memberi penjelasan dan sebab yang munasabah, guru darjah hendaklah
mengirimkan surat amaran ponteng sekolah kepada penjaganya dengan satu salinan ke pejabat sekolah.
5. Sekiranya pelajar tidak hadir selama sebulan, namanya dikeluarkan dari buku jadual kedatangan. Kes-kes ini hendaklah dirujukkan kepada PK HEM terlebih dahulu.
6. Menjalankan pengurusan bilik darjah seperti pemilihan ketua darjah mengikut suara ramai dalam kelas, membuat giliran bertugas, giliran kebersihan, alat tulis, erhiasan kelas, kerusi meja berada dalam keadaan teratur dan menguruskan pertukaran pelajar.
7. Memungut yuran-yuran khas, yuran peperiksaan, sukan dan permainan dan mengeluarkan resit kepada pelajar dan merekodkannya ke dalam buku jadual kedatangan dan buku yuran.
8. Menyerahkan kira-kira pungutan yuran pada masa yang ditetapkan pihak sekolah.
9. Menguruskan pengagihan dan pemulangan Skim Pinjaman Buku Teks kepada pelajar dan memungut buku daripada pelajar yang hendak bertukar ke sekolah lain.
10. Membantu Guru Besar dalam pengurusan biasiswa, mengirim surat-surat jemputan kepada ibu bapa, sijil berhenti sekolah dan surat akuan.
11. Mengisi butiran semua ujian dengan lengkap untuk dikaji dan dianalisis.
12. Mengambil, menyalin dan menyemak jadual waktu kelas masing-masing dan memberitahu pelajar.
13. Bertanggungjawab terhadap disiplin pelajar dalam kelasnya dan menanam semangat rajin, tekun, dedikasi, berusaha dan kesedaran sivik.
14. Melaporkan kes-kes yang tidak dapat diselesaikan oleh guru kepada guru PK HEM seperti ketidakhadiran, ponteng yang berulang, kesulitan memungut yuran dan masalah disiplin lain.
15. Merekodkan butiran peribadi yang lengkap mengenai kemasukan pelajar baru dan mereka yang berhenti dalam Jadual Kedatangan, Buku Rekod Mengajar dan Buku Daftar Kemasukan Pelajar.
16. Bagi kelas-kelas peperiksaan adalah penting baginya untuk mengisi borang masuk peperiksaan. Mereka juga perlu memungut yuran peperiksaan dan membantu menyusun kerusi meja.
17. Mengisi butiran kemajuan akademik pelajar ke dalam Buku Kemajuan di samping menyediakan tabung markah atau mark sheet.
18. Bertanggungjawab terhadap keselamatan perabot dan kebersihan kelasnya.
19. Menyediakan senarai tugas bagi pelajar dalam kelasnya untuk tugas pembersihan kelas pada tiap-tiap hari persekolahan.
20. Berada di samping pelajarnya semasa pelajar beratur di kaki lima kelas dan pada masa perhimpunan hari biasa.
21. Memastikan papan kenyataan kelas ditampalkan dengan makalah-makalah, maklumat dan berita-berita yang positif, membina dan terkini.
22. Dalam tiap-tiap peperiksaan sekolah, guru mata pelajaran harus memberi markah kepada guru-guru kelas untuk meringankan beban tugas guru.


Guru Disiplin


TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB GURU DISIPLIN

Bidang Tugas:

1. Pilih pengawas pada setiap hujung tahun untuk bertugas pada tahun berikutnya.
2. Menentukan pemilihan pengawas adalah berdasarkan pencapaian dalam bidang akademik, kebolehan dan kemampuan pelajar dalam bidang sukan dan permainan.
3. Memastikan perlantikan para pengawas adalah berdasarkan pengalaman, sahsiah, daya kepimpinan dengan mengambil kira pandangan dan sokongan para guru. Pemilihan akhir dilakukan oleh para pelajar dengan cara undi, jikalau didapati sesuai dan boleh dilaksanakan setelah dipersetujui oleh pihak guru.
4. Pemilihan calon dilakukan oleh guru-guru sendiri dan tidak dicalonkan oleh pelajar.
5. Menentukan Ketua dan Penolong Ketua Pengawas dilantik oleh guru penasihat lembaga pengawas dengan nasihat guru-guru lain.
6. Mengaturkan mesyuarat lembaga pengawas yang diadakan dari semasa ke semasa di sekolah.
7. Mengawasi disiplin dan akhlak para pelajar di sekolah sepanjang hari persekolahan.
8. Menerima laporan daripada para pengawas dan mengambil segala langkah dan tindakan yang sesuai.
9. Menentukan segala peraturan dan undang-undang sekolah sentiasa dipatuhi oleh para pelajar sekolah.
10. Mempamerkan peraturan dan undang-undang sekolah di papan-papan kenyataan dan di dalam bilik darjah.
11. Membantu Guru Besar dalam mengesan dan mengesahkan kesalahan-kesalahan besar yang dilakukan oleh pelajar yang boleh membawa kepada penggantungan sementara atau pembuangan sekolah.
12. Merekodkan segala kesalahan, hukuman dan denda yang dijatuhkan kepada pelajar di sekolahnya.
13. Berhubung rapat dengan guru bimbingan / kaunseling untuk menyelesaikan masalah pelajar.
14. Bekerjasama dengan guru-guru bertugas harian atau mingguan untuk menguruskan kawalan terhadap pelajar pada hari perhimpunan, upacara dan majlis-majlis yang diadakan oleh pihak sekolah.
15. Menguruskan pertandingan kebersihan bilik darjah pada tiap-tiap minggu dan mengumumkan kelas yang paling kotor.

PT


TUGAS PEMBANTU TADBIR SEKOLAH

1.0  Menyediakan lembaran gaji setiap bulan.
2.0  Menyediakan dan menyimpan :
2.1. Resit-resit bayaran
2.2. Baucar tuntutan
2.3. Cek-cek sekolah
2.4. Menutup akaun sekolah setiap bulan.
3.0 Menyediakan tuntutan elaun lebih masa dan pelajaran
4.0 Mengemas kini dan menyimpan fail sekolah.
5.0 Menyediakan penyata audit pada tiap-tiap tahun.
6.0 Menyediakan borang-borang cukai pendapatan

7.0 Tugas-tugas lain :
7.1. Membuat penyata bulanan.
7.2. Menyelesaikan surat-menyurat.
7.3. Urusan pendaftaran dan keluar / masuk murid-murid.
7.4. Menyimpan stok sekolah selain daripada stok perpustakaan dan SPBT.
7.5. Menyediakan borang pesanan alatan sekolah.
7.6. Mengarahkan tugas Pekerja Am Rendah.
7.7. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar.
7.8  Menjadi setiausaha kepada Guru Besar, mengingatkan Guru Besar tentang suatu tindakan yang penting dan segera dilaksanakan.
7.9. Menentukan pejabat sekolah sentiasa kemas kini, kemas dan teratur.
7.10 Menyimpan rahsia sekolah (mematuhi arahan di bawah ARR kerajaan)
7.11 Membantu Guru Besar mengatur jadual cuti rehat bagi kakitangan sekolah termasuk jadual ganti bagi Jaga.

PAP


TUGAS PEMBANTU AM PEJABAT

1   Mengatur, menyusun dan mengemas kini pejabat, bilik Penolong Kanan dan Guru Besar.
2.  Menjaga kebersihan pejabat.
3   Menyimpan dan menentukan kedudukan fail-fail sekolah.
4   Menghantar surat-surat ke pejabat pos, Pejabat Pendidikan Daerah dan Jabatan Pendidikan Negeri.
5   Membantu kerani merekod surat-surat yang diterima dan yang akan dihantar.
6   Mengumpul dan menyerah balik Buku Rekod Mengajar guru-guru.
7   Membantu kerani dalam urusan pejabat.
8   Bertanggungjawab di atas keselamatan perabot dan peralatan pejabat.
9   Menjaga buku rekod pejabat.
10 Mengumpul dan memulangkan kembali Jadual Kedatangan Murid.
11 Mencetak surat-surat (cyclostile) yang berhubung dengan sekolah menggunakan mesin pendua.
12 Mengedar surat-surat siaran daripada Guru Besar / Pegawai Pendidikan Daerah / Pengarah Pendidikan .
13 Membuka dan menutup (kunci) pejabat sekolah dan bilik Guru Besar.
14 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Ber.

PRA


TUGAS PEKERJA RENDAH AM

1.0  Menjaga dan menyimpan alat-alat perkebunan.
2.0  Memotong rumput, membersih semak-samun atau pokok-pokok kecil yang tidak berguna di kawasan sekolah.
3.0  Menanam, menggembur tanah, menyiram, membaja serta menjaga semua pokok hiasan sekolah yang di bawah bidang tugasnya.
4.0  Menolong guru sukan / permainan untuk menyediakan padang permainan dan lain-lain kelengkapan padang / gelanggang.
5.0  Membaiki perabot dan harta benda sekolah yang rosak.
6.0  Menyusun, mengatur dan mengangkat perabot-perabot yang diperlukan pada masa sesuatu majlis keramaian yang diadakan di sekolah.
7.0  Menggantikan tugas Jaga semasa Jaga bercuti.
8.0  Membersih cermin-cermin, tingkap-tingkap dan juga dinding bangunan sekolah.
9.0  Menjaga dan menyelenggarakan generator, mesin rumput, pam air dan perkara-perkara yang berkaitan dengan enjin.
10.0 Membuka dan menutup pintu pagar dan bilik darjah.
11.0 Menyapu dan membersihkan bilik darjah, kaki lima / koridor, tangga dan juga longkang sekolah.
12.0 Memastikan semua suis lampu, kipas dan paip air ditutup selepas digunakan supaya tidak berlaku pembaziran.
13.0 Memastikan bilik air dan tandas sentiasa berada dalam keadaan bersih dan selesa.
14.0 Menaik dan menurunkan bendera pada tiang yang dikhaskan setiap hari kecuali hari perhimpunan dan cuti am.
15.0 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar.

Terakhir dikemaskini pada Khamis, 27 Ogos 2009 04:09
 

Pilih Bahasa

Diari Sekolah Bulan Ini

Peperiksaan UPSR pada 11,12 dan 13 September 2012.
________________________________________
Olahraga Tahunan akan berlangsung pada 26 dan 27 September 2012.


Peperiksaan UPSR pada 11,12 dan 13 September 2012.
________________________________________
Olahraga Tahunan akan berlangsung pada 26 dan 27 September 2012.


Peperiksaan UPSR pada 11,12 dan 13 September 2012.
________________________________________
Olahraga Tahunan akan berlangsung pada 26 dan 27 September 2012.


Peperiksaan UPSR pada 11,12 dan 13 September 2012.
________________________________________
Olahraga Tahunan akan berlangsung pada 26 dan 27 September 2012.


Peperiksaan UPSR pada 11,12 dan 13 September 2012.
________________________________________
Olahraga Tahunan akan berlangsung pada 26 dan 27 September 2012.


Peperiksaan UPSR pada 11,12 dan 13 September 2012.
________________________________________
Olahraga Tahunan akan berlangsung pada 26 dan 27 September 2012.


Peperiksaan UPSR pada 11,12 dan 13 September 2012.
________________________________________
Olahraga Tahunan akan berlangsung pada 26 dan 27 September 2012.


Peperiksaan UPSR pada 11,12 dan 13 September 2012.
________________________________________
Olahraga Tahunan akan berlangsung pada 26 dan 27 September 2012.


Peperiksaan UPSR pada 11,12 dan 13 September 2012.
________________________________________
Olahraga Tahunan akan berlangsung pada 26 dan 27 September 2012.


Peperiksaan UPSR pada 11,12 dan 13 September 2012.
________________________________________
Olahraga Tahunan akan berlangsung pada 26 dan 27 September 2012.


Peperiksaan UPSR pada 11,12 dan 13 September 2012.
________________________________________
Olahraga Tahunan akan berlangsung pada 26 dan 27 September 2012.


Peperiksaan UPSR pada 11,12 dan 13 September 2012.
________________________________________
Olahraga Tahunan akan berlangsung pada 26 dan 27 September 2012.


Peperiksaan UPSR pada 11,12 dan 13 September 2012.
________________________________________
Olahraga Tahunan akan berlangsung pada 26 dan 27 September 2012.


Peperiksaan UPSR pada 11,12 dan 13 September 2012.
________________________________________
Olahraga Tahunan akan berlangsung pada 26 dan 27 September 2012.


Peperiksaan UPSR pada 11,12 dan 13 September 2012.
________________________________________
Olahraga Tahunan akan berlangsung pada 26 dan 27 September 2012.


Peperiksaan UPSR pada 11,12 dan 13 September 2012.
________________________________________
Olahraga Tahunan akan berlangsung pada 26 dan 27 September 2012.


UPSR 2012

24.09.2012 - 00:00 o'clock

Countdown
expired


Since

Kalendar Program

April 2014
S M T W T F S
30 31 1 2 3 4 5
6 7 8 9 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 1 2 3
Arau, Perlis

STATISTIK

SK ARAU

(Data seperti pada 30 Jun 2012)

 Bilangan guru

 Lelaki Perempuan Jumlah
 1630 45

 Bilangan Bukan guru

Lelaki Perempuan Jumlah
 2 5 7

 Bilangan Murid(Enrolmen)

Tahun
Lelaki
Perempuan
Jumlah
 Pra sekolah
17
23 40
 Tahun 1
 43 41 84
 Tahun 2
 343468
 Tahun 3 3340
 73
 Tahun 4
37 43 80
 Tahun 5
 50 4090
 Tahun 6  4237
79
 JUMLAH 256 258 514

 

Siapa di talian

Kami ada 29 tetamu ditalian

Statistik Pengunjung

165902
Hari ini26
Semalam89
Minggu ini256
Bulan ini859
Jumlah165902
23Dot20Dot149Dot27

Video Pilihan

MUTIARA KATA

"Kamu dapat mengenal lebih banyak tentang diri seseorang itu dari adab dan pertanyaannya, bukan dari jawapan-jawapannya." ~ Voltaire

Waktu Solat

[ Tukar Kawasan ]
Tutup